Saturday, 12 July 2014

Kisah Aku

Assalamualaikum ,
           Aku sebak melihat ibu dan guru ku menangis pabila melihat aku menangis kerana takut akan peperiksaan percubaan SPM yang akan menjelma . Keputusan yang aku perolehi untuk pertengahan tahun ini sangat mengecewakan . Ibu bapa dan guru ku cuba sedaya upaya dan banyak menasihati aku . Awal pagi tadi sebelum ibu aku hadir ke sekolah terlebih dahulu guru kelas ku telah hadir berjumpa dengan aku , aku bersyukur kerana terdapat ramai orang prihatin akan keputusan aku .
           Pabila difikirkan semula ramai insan yang tidak bernasib baik kerana tidak bersekolah dan terdapat juga yang diabaikan kedua ibu bapa mereka . Aku sangat bersyukur . Aku telah berjanji akan cuba untuk belajar bersungguh .
            Dalam bulan ramadhan yang mulia ini juga , aku mengucapkan selamat berpuasa dalam kita berada dalam negara yang aman ini juga , marila kita berdoa yang terbaik untuk GAZA . Ramai yang terkorban , harap juga satu hari nanti israel akan menerima balasan setimpal dan damaila penduduk Palastine di akhirat sana .#prayforpalastine